Langkah Pertama Anda Ke Dunia Sulaman Manik Dan Labuci

"Berminat Untuk Menyulam Manik dan Labuci? Atau memperolehi kemahiran ini? Ketahui langkah demi langkah, bagaimana anda boleh menghasilkan sulaman dari tangan anda sendiri dengan mudah dan menjana pendapatan sampingan yang lumayan!"

 

 

Daripada: Intan Mastura Bt Mohd Salleh (Imass)

Assalammualaikum & salam sejahtera.

# Shopping di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan bakal menjelma, kedai-kedai di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman yang popular dengan gelaran Jalan TAR, central Market  atau Pasar Seni, Wisma Yakin, Kompleks Dayabumi, Kompleks PKNS, Shah Alam, dan hampir semua hyper market di sekitar ibunegara, butik-butik ataupun shopping kompleks terkemuka mula memuntahkan limpahan baju-baju pelbagai fesyen. Apabila mata melihat, terpana seketika melihat gemerlapan batu-batu kristal, manik dan labuci yang dijahit dengan pelbagai rekaan ke atas baju-baju yang dipamerkan. Hati terdetik! Lawanya.. Persoalan harga mula bermain didalam kepala. Mampukah aku membelinya???

Satu demi satu baju di telek. Semuanya mengujakan, apabila harga di telek, RM 280, RM180, RM 380.. satu helai pun tidak menunjukkan harga di bawah RM 100. Mahalnya… Bajet terhad ni, nak beli blause, handbag, kasut.. adushhhh mcm ni rm 1000 pun tak akan cukup! “ tengok kak, boleh cuba kak, cuba dulu kak” Si manis memujuk untuk mencuba. Termakan kata-kata, baju disarungkan ke atas badan. Alamak.. sempit pulak kat dada, ketat pulak kat bontot, kalau duduk mau meretas kain! Baju ditanggalkan dan dipulangkan semula kepada si manis. Akhirnya, kaki melangkah keluar. Sambil berjalan, kacau fikiran dibuatnya. Asyik terfikirkan baju idaman hati. Sampai kerumah, fikir lagi. Hasrat disimpan tapi mulut mengeluh, maka niat terpaksa dipendamkan.

# Semangat tak luntur...

Ditambah lagi dengan keadaan diri yang masih lagi belajar, sumber kewangan yang terhad, masa yang ada hanya ditumpukan kepada pelajaran dan kerja sampingan, menyebabkan, hasrat saya untuk bergelar belajar menyulam dan menjahit atas baju sendiri terbenam.

Sehinggalah pada suatu hari, sewaktu saya pulang ke kampung, saya terserempak dengan seorang kakak yang duduk satu kampuang dengan saya. Saya gelarkan dia kak Ita. Sejak dulu lagi, saya memang tahu kakak ini ada mengambil tempahan jahit baju kurung di rumah. Dulu, kak Ita hanya mengambil upah jahit baju kurung kini dia mengambil tempahan untuk pelbagai jenis kebaya, baju kurung riau, baju kurung Pahang, blaus, skirt, jubah dan dress.

Kini, setelah 8 tahun berlalu, dia telah berjaya membuka sebuah butik pakaian dan perkahwinan di tengah pekan Masjid Tanah.  Pergh!! Saya memang betul-betul tidak sangka. Kak Ita yang dulu saya pandang hanyalah seorang "wanita kampung yang biasa-biasa", kini telah bertukar menjadi seorang pengusaha butik yang sangat berjaya! Butiknya bukan sekadar mengambil tempahan malah membuka kelas jahitan dan seni sulaman secara asas kepada ibu-ibu tunggal di kampung. Perkara ini telah membuka minda dan fikiran saya untuk melihat bidang seni jahitan ini dengan lebih luas & positif.

# Langkah pertama...

Saya memulakan langkah dengan membeli buku SULAMAN BENANG MANIK DAN LABUCI oleh Pn Rosita Jaafar. Dari buku, saya belajar sendiri teknik-teknik sulaman manik. Tunggang langgang jugak hasilnya. Segala baju kurung yang lama saya sulamkan dengan manik dan labuci. Raya tahun 2004, saya memberanikan diri menyulam ke atas baju raya sendiri. Setalah 1 minggu bertungkus lumus menyulam akhirnya saya Berjaya menyiapkan baju raya bersulam manik tanpa perlu mengeluarkan duit. Hooraaay..! Sulaman yang dibuat berjaya memukau mata saudara mara dan sahabat handai. Dari situ, saya mula menerima tempahan dari saudara mara, sahabat handai dan rakan sekerja.

Kemudian, saya belajar menjahit dari ibu kerana ibu dahulu merupakan guru KEMAS semasa zaman anak daranya. Sewaktu kami kecil ibu sering menjahit baju kami adik beradik. Baju-baju dress kami diperindahkan lagi dengan pelbagai rekaan sulaman benang, manik dan sebagainya. Ibu terkejut tetapi dia tetap memberi sokongan penuh dan mula menurunkan ilmu mengambil ukuran secara traidional. Mesin jahit ibu yang telah 20 tahun tidak berfungsi kini berfungsi semula.

Alhamdulillah, berkat ajaran ibu saya dapat menyiapkan baju kurung pertama saya dalam masa 2 hari. Ibu mengajar cara kemasan leher baju kurung dengan pelbagai seni tikaman leher seperti karipap, tulang belut, mata lalat dan sebagainya. Kemudian, ibu mengajar saya bagaimana untuk menjahit baju kanak-kanak. Menggunakan anak perempuan saya, Madihah sebagai model, akhirnya siaplah baju dress Madihah yang pertama. Saya mengambil masa selama seminggu untuk menyiapkan dress Madihah. Saya sangat gembira dan bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang memahami dan mentor yang bagus.

# Tanpa menoleh lagi...

Tidak puas dengan apa yang ada, saya mula menggiatkan usaha saya mencari lebih banyak info serta ilmu tentang sulaman manik labuci ini dengan membaca buku , menyertai kelas-kelas sulaman manik, kelas fesyen dari pelbagai guru, serta melayari laman web untuk mendalami seni ini dari A – Z. Setiap kelas yang saya hadiri, memberikan pengalaman yang berbeza. Cara penyampaian, ilmu yang diberikan, segalanya berbeza dari satu guru dengan guru yang lain. Walaupun telah mengahdiri kelas-kelas asas, namun ianya masih tidak mencukup bagi siri saya, sehinggalah satu hari, sedang saya melayari laman web, saya terjumpa FTIMDC.COM.

Dari situ, saya mengambil keputusan untuk mendekati sifu dunia sulaman manik dan labuci, Puan Rosita Jaafar. Nama beliau sering disebut dan sering terpampang kisah beliau di dalam suratkhabar tempatan. Selepas mengahdiri kelas sulaman beliau dan mengenali beliau, kata-kata semangat yang diberi telah menguatkan semangat dan mula menyulam dengan serius, menjadi seorang hobbyist yang berjaya dan menjana pendapatan sampinagn yang lumayan dari seni ini.

Jika hendak diukurkan tahap kejayaan saya.. sememangnya.. perjalanan saya masih jauh. Tapi saya sangat optimis dan percaya , berbekalkan usaha yang gigih serta ilmu yang betul.. kita pasti akan BERJAYA!

Melihatkan hasil kerjatangan saya diparagakan oleh wanita lain, membuatkan  saya terfikir. Sudah pastinya, ada ramai lagi insan diluar sana yang mengalami pengalman yang hampir sama dengan saya. Mereka minat untuk belajar... tetapi malang , tidak mempunyai masa menghadiri kelas serta tidak mempunyai sumber maklumat yang mencukupi. Mungkinkah anda merupakan salah seorang dari mereka?

Untuk itu, saya telah mengambil inisiatif, dengan berusaha, mengumpulkan semula maklumat-maklumat yang pernah saya perolehi dulu dan menghimpunkannye menjadi sebuah panduan yang lengkap tentang  “ Asas Sulaman Manik dan Labuci”.

Semua maklumat yang saya perolehi dari buku-buku, artikel-artikel, kelas-kelas sulaman dan juga serba sedikit dari pengalaman sendiri dan juga daripada perkongsian ilmu dengan rakan dunia sulaman yang lain, kesemuanya telah saya himpunkan dan susunkan ia hingga menjadi sebuah ebook panduan yang lengkap:

Memperkenalkan

"Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci"

SIRI 1

Langkah Pertama Anda ke Dunia Sulaman Manik dan Labuci

 

Di dalam panduan ini saya akan memberitahu dan menunjukkan kepada anda tentang:


Bagaimana sejarah sulaman bermula dan evolusi kemahiran sulaman manik dan labuci.

Apa peralatan Asas yang perlu ada sebelum memulakan proses sulaman.

Bagaimana mengenal pelbagai jenis manik dan fungsinya.

Bagaimana memulakan sulaman dengan 8 teknik asas dalam dunia sulaman.

Tips dalam setiap teknik supaya lebih kemas hasilnya.

Bagaimana menyulam dengan kombinasi teknik asas beserta contoh rekaan lengkap.

Berapakah Harga Panduan Ini?

RM67

RM47

RM37

RM0

Nanti Dulu!! Anda Juga Akan Menerima Siri Pembelajaran Asas Seni Jahitan Menerusi Emel Anda Tanpa Sebarang Kos!!!

Sehingga Pelancaran Ebook Sebenar Bertajuk "Kompilasi Rekaan Lengkap - Bertemakan Flora Dan Fauna" Ada Sesuatu Yang Istimewa Menanti Anda. Jadi Apa Tunggu Lagi Jadilah Yang Terawal Mengetahui Tarikh Pelancarannya.

 Mahukan Ebook Dan Siri Pembelajaran Sulaman Manik dan Labuci Secara PERCUMA ???

First Name:
Email address:

Hanya Gmail, YahooMail & Hotmail Sahaja DiTerima
Hak Privasi Anda DiJamin!

 

Baiklah saya akan bocorkan sebahagian maklumat berkaitan "Kompilasi Rekaan Lengkap - Bertemakan Flora dan Fauna".

Ebook ini bukan sahaja mengandungi rekaan hasil kerja tangan saya sendiri selama 8 tahun dalam bidang ini, tetapi ia juga memuatkan maklumat-maklumat lain seperti, tips pemilihan, penggayaan, kombinasi warna fabrik dengan manik serta lain-lain value added informasi yang jarang terdapat dalam buku-buku sulaman. Sudah pasti, anda akan menghargai ebook ini.

Segala informasi di dalam ebook ini adalah hasil daripada proses pengumpulan bahan, kajian dan perkongsian ilmu dengan rakan seperjuangan yang lain. Kompilasi rekaan ini juga merupakan pemberian berharga yang dapat saya kongsikan bersama-sama dengan para peminat seni ini.

Apakah Isi Kandungan Sebenar Ebook Ini?

TUNGGU!!!

Nantikan kemunculannya...

 

 

Ikhlas,

Imass
www.SeniJahitan.com

P.S: AWAS! Tawaran istimewa ebook berbayar mungkin hanya beberapa orang pembeli terawal sahaja. Saya akan emelkan kepada anda yang mendapatkan ebook PERCUMA ini setelah ianya siap nanti. Jadi sentiasa nantikan emel dari saya.
 

© Copyright 2008 SeniJahitan.com - All Rights Reserved